Rakyat Johor Beri Penghormatan Terakhir Pada Sultan Iskandar
Rakyat dari segenap lapisan, kerabat raja dan pemimpin kerajaan hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail, yang mangkat semalam.
Ribuan orang membanjiri laluan menuju ke Istana Besar seawal 9 pagi dan menunggu dengan sabar untuk giliran mereka memasuki dewan utama istana.
Sultan Johor yang baru, Tunku Ibrahim Ismail sultan Iskandar, bersama isteri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, kaum kerabat diraja, Menteri Besar Abdul Ghani Othman dan pimpinan kerajaan negeri turut berada dalam dewan utama.
Sultan Selangor Sultan Sultan Sultan Sharaffudin Idris Shah dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah adalah antara kerabat yang hadir bersama Perdana Menteri Najib Razak.
Bacaan suci ayat Al Quran mengisi dewan dengan orang ramai berjalan lalu memberi penghormatan kepada allahyarham.
Keranda baginda dililit dengan bendera Kesultanan Johor.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemergian Sultan Iskandar amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat Johor, malah penduduk seluruh negara.
"Baginda amat dikenali sebagai seorang yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat," kata Tan Sri Khalid.
Media tempatan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemerintah yang amat rapat dengan rakyat dan sentiasa prihatin terhadap kebajian mereka.